Orang tak hargai kita..?
Tak fikir perasaan kita lansung..
Datang masa perlu pergi bila kita tak
bermakna untuk mereka
Tak dihiraukan..
Begini ke balasan diorang buat kita?
Begini ke balasan diorang buat kita?
Sedangkang kita baik pada diorang, kita selalu ada disisi diorang bila diorang susah dan sedih. Kita setia dan sentiasa sokong diorang. Tapi ini balasan yang kita dapat..tak adil. Kenapa kita diperlakukan begini.?
Macam-macam..Dulu aku pun fikir macam ni. Apa
salah aku?Kenapa diorang layan aku macam ni. Kenapa Perangai diorang pada aku
buruk sangat.
Tapi jika muhasabah semula, fikir dengan
mendalam..Cari solusinya, tenangkan diri maka baru aku faham. Itu pun bila
dah dengar kata-kata nasihat dan motivasi dari Dr Muhaya.
Cuba kita fikir sejenak, ingat kembali
bagaimana sikap kita pada Allah?Sudah cukup baikkah kita pada Allah. Adakah kita
hamba dia yang baik?
Jika ya Alhamdulillah..kita tentu disayangi
Allah dan pasti yang sedang berlaku sekarang ni adalah ujian Allah..
Jika TAK..
Jika TAK..
Maka sedarlah..!! itulah puncanya. Kita tak
cukup baik pada Allah. Kita tak jaga hubungan kita dengan Allah tapi leka jaga hubungan kita dengan manusia. Sesungguhnya bila Allah sayang kita, maka orang-orang
beriman juga akan sayangkan kita. Bila Allah tak sayang..cuba fikir, macam mana
manusia lain nak sayangkan kita?
Tapi bila tak jadi hamba Allah yang baik
macam mana Allah nak sayang agaknya?
Herm..sebenarnya ni lah salah kita. Cuba fikir
apa pulak salah kita kat Allah. Aku ni pun banyak salah, banyak dosa. Itu sebab
selalu kena muhasabah diri dan aku belajar dan ingatkan kat diri aku supaya
jangan salahkan orang tapi carilah apa kesalahn kita. Aku guna keyword
belajar..sebab aku pun tengah belajar.Aku type tentang post ni pun,aku tengah
ingatkan kat diri aku.Bukan nak berlagak serba tahu dan nak menunjuk-nunjuk.
Yang baik itu mesti datang dari kasih sayang
Allah,yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.Bagaimana layanan kita pada
Allah.
Aku teringat juga kata-kata ustaz kazim
elias
Memang kesusahan itu ujian Allah
Kadang-kadang kesusahan itu kerana dosa kita
sendiri
Kesimpulannya tak ada yang lebih penting
didunia ini melainkan Kasih sayang Allah.Tanpa apa-apa, makanan, minuman, harta,
teman yang baik tapi jika kita ada kasih sayang Allah..insyaallah pasti kita
mampu hidup di dunia ni.
Allah sayang..semua orang sayang
No comments:
Post a Comment