Cinta High Class



Kali ini aku tergerak hati untuk berkongsi dengan sahabat tentang cinta. Namun ini hanya pandanganku yang kurang berpengalaman dan cetek ilmu . Asif jika ada sebarang kekurangan daripada diri ini.

Cinta..



Cinta itu bukan seperti apa yang tergambar dalam filem dan drama. Realiti sebenarnya cinta tidak seindah apa yang dibayangkan. Manisnya sekejap kemudian pasti ada dugaan. Cinta di alam reality adalah tanggung jawab.

Tanggungjwab dalam memelihara maruah masing-masing, tanggungjawab menghindari dari terjebak maksiat, tanggungjawab menjaga iman agar tidak terbuai nafsu. Cinta bukan sekadar jumpa, berbual tentang perasaan berbunga-bunga. Tapi cinta ia perlu dijaga agar cinta itu kekal terus suci tidak terpalit dosa.

Menjaga cinta sebelum kawin amatlah susah, kerana ada orang ketiga. Nafsu selalu tergoda. Salah langkah maka hilanglah kesucian cinta. Cinta itu suci, namun lakaran kita pada kanvas cinta yang mencorakannya untuk jadi semakin indah atau hodoh terpalit dosa.

Semua manusia pasti pernah jatuh cinta. Yang berbeza bagaimana mereka menzahirkan cinta dan menjaga cinta mereka.

Sejujurnya aku tidak memandang rendah atau memandang hina kepada orang yang bercinta. Sudah lumrah manusia itu memang suka disayangi dan dihargai oleh manusia yang bergelar kekasih. Tapi aku sangat memandang tinggi dan kagum dengan orang yang menjaga cintanya ketika dia bercinta. Amanah dalam bercinta.

Tapi memang kita sendiri sedar tidak ramai pasangan kekasih begitu. Kerana sesuatu yang luar biasa dan istimewa itu jarang ada. Itulah Cinta High Class.

Sudah pasti,kita mahu cinta kita adalah cinta luar biasa, yang berakhir dengan pengakhiran yang baik dan diredhai Allah. Malah apa jua yang ada keberkatan dan redha Allah itu pasti membawa bahagia. 
 Segalanya terletak pada diri sendiri untuk memilih dan menentukan cinta kita.

Cintailah dia kerana Allah bukan kerana nafsu semata-mata. 

-Jagalah nama baik kekasihmu
-Jauhilah tindakan mu yang mampu 
mengundang fitnah kepada kekasih sendiri 
-Jauhilah dia dari terleka dek terbuai asmara cintamu
-Lindungilah kehormatannya

Sekian dariku..sebarang kekurangan harap dapat dimaafkan. Andai ada terluka hati, maafkan lah diri ini. Tiada niatku untuk melukakan hati sesiapa. Hanya sekadar perkongsian.

No comments:

Post a Comment