Cara format komputer windows 7 pakai usb/ pendrive



NAK FORMAT COMPUTER YANG PERTAMA MESTI ADA 


- CD atau DVD windows7 atau

- Pendrive yang ada window 7


Aku lebih suka  guna pendrive sebab lebih mudah dan cepat..Kalau nak letak window dalam pendrive ada caranya bukan terus copy aja. 


JENIS-JENIS WINDOWS 7


Windows 7 home premium, windows 7 home basic,windows7 starter,windows 7 ultimate.


Aku lebih suka guna windows 7 ultimate, sebab dia lebih stable. Tapi kalau nak guna windows 7 yang lain pun tak ada masalah.


LANGKAH-LANGKAH NYA


                                                                                Format windows 7


Sebelum nak mula format, pastikan kita punya volume D, dilabel dengan nama yang kita mudah  ingat. Supaya bila nak backup nanti kita tahu mana satu partition D dan partition C
Cara nak level volume D
- double klik my computer
-right klik pada volume D dan Rename 

sekarang aku guna pendrive untuk format. Aku tak guna CD.


1 Sediakan pendrive .


2 Pasang pendrive  pada komputer. (Kalau guna CD lebih kurang sama ja.."


3 On computer atau boleh juga restart komputer dan cepat2  tekan button F12 kat keyboard  .


 F12 ni untuk boot first device supaya  computer akan baca pendrive kita . (Tapi bukan semua komputer sama,  ada yang guna F11 utk boot first device. Kalau korang tekan F12 tak menjadi pandai2 lah tekan F yg lain pula.


Gambar pemilihan di boot menu/boot first device



USB storage ni mewakili pendrive kita. Kadang-kadang  dia muncul nama pendrive yang kita guna.

5 Tunggu windows loading
 
 

6 Klik ‘install now’
 


7 ‘set up is starting’



8 Pilih system operasi yang ingin di install.
Ni kalau dalam pendrive kita tu ada lebih dari satu windows. Kalau ada satu ja, teruskan aja.


Gambar menunjukan pemilihan system operasi yang ada dalam pendrive aku.
Bagi architecture boleh memilih sama 32bit atau 64 bit mengikut kesesuaian.

9 Lepas tu Klik ‘accept license’ dan next sahaja.


10 Klik Upgrade
 















11 Tiba masa untuk memilih partition untuk install windows.



Gambar menunjukan proses pemilihan disk yang akan diinstall windows
Jika mahu backup data di D,pastikan partition D tidak dipadam (jangan kacau partitioan D). Macam mana nak tahu partition D berdasarkan nama yang kita label sebelum nak jalankan format. Aku dah ingatkan awal-awal lagi.

12  Klik pada partition C dan delete.
Macam mana nak tahu partition C.. ala kan Partition D dah kita label jadi partition C yang tak berlabel tu la. Ha satu lagi partition System Reserve tu pun delete jugak.




 Lepas dah delete dia akan jadi unallocated space.





13 Klik pada unallocated space tu dan adjust size dia. Kalau tak adjust pun tak pa. Kemudian klik New.

Ni adalah partition C baru yang akan kita install window kejap lagi. Ha lepas kita klik new system reserve yang baru pun muncul gak. Biarkan aja.




14 Klik sekali pada partition c yang nak  install windows.Klik pula pada drive option kemudian apply serta klik next.

Berlakulah proses install windows






Ignore ja set password ni..boleh buat kemudian. Tapi kalau rajin jugak nak buat..buat ja la. Ikut suka kamu..

15 Klik ask me later.




16 Set masa,zon masa dan tarikh 


17 Skip aja bila dia tanya pasal join wireless ni. 


18           Install window 7 selesai


 Lepas ni aku akan kongsi cara nak install driver dan install basix software kat computer yang baru lepas format.  



11 comments:

  1. Untuk melakukan instal ulang memang dapat melalui USB. Informasi membantu mengenai cara format komputer Windows 7 menggunakan USB.

    ReplyDelete
  2. Sangat berguna. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. rosak hardisk kalau selalu format laptop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke klu cmtu..maksd slalu rosak format tu mcm mna.??

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. nak installer die boleh admin???
    jenuh mencari tak dapat2

    ReplyDelete
  6. kalau pendrive xleh detect knp bosku?

    ReplyDelete
  7. D jgn usik utk c n lain kne dlte dlu ker mcm mna..

    ReplyDelete
  8. Boleh ke awak bantu secara personal... sy nk buat tk blh²...

    ReplyDelete