Tuesday 19 August 2014

Harapan tinggal debu



Tidak semua yang kita pinta, kita akan dapat pada masa yang singkat, tidak juga apa yang kita harap itu Allah berikan. Bukan kerana Allah tak sayang dan jauh sekali benci. 

Eka..

sedarlah..bersyukurlah..

Allah telah menyimpan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta sekarang dan bila tiba saatnya nanti dia akan beri. Sepatutnya diri ini harus rasa syukur, kerana kita bakal dapat yang lebih baik daripada apa yang kita mohon. 

Kita minta apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu.

Tinggal kata-kata ini sahaja yang berbaki untuk aku. 

 “Sabar..eka..ada benda lebih baik yang Allah nak bagi nanti.”
“Ya Allah jadikanlah aku orang yang sentiasa kuat bersabar.”

………………….

Dalam muhasabah diri
Mencari kekurangan diri

Mungkin apa yang terjadi ini
Kerana aku kurang ikhlas dalam sujud kepadanya
Aku terlalu leka dengan dunia
Ya Allah ampunilah aku..
Berikanlah aku kesabaran, kekuatan dalam mengharungi segala ujianmu.




2 comments: