Saturday 27 February 2016

Budak Blur tu






Aku bukanlah budak bijak
Jenis blur
Nak faham sesuatu ambil masa yang lama
Masa zaman sekolah selalu kena marah dengan cikgu
Dulu dapat SPM pun cukup-cukup makan saja

Alhamdulillah dapat juga peluang sambung belajar ke politeknik
Masa tu rasa rendah diri sangat.
Biasalah orang memang pandang rendah dekat pelajar poli
Masa belajar pun rasa rendah diri tu tetap ada
Aku tak pandai bergaya, softskill pun kurang, dah la blur ja
Rasa diri macam tikus, kecil je.
Kebanyakan kawan-kawan memang pandai. Ada yang dapat result cemerlang tapi masuk Poli.

Masa tu buta IT. Dapat pula course IT. Nangis juga la masa kena buat tugasan. Yang aku tahu pasal komputer cuma word saja. Bayangkanlah buat facebook dan email pun mak aku. Bila cari maklumat di internet pun tak pandai, nak guna laptop pun takut-takut. Bila pensyarah cakap pasal software, aku tercengang-cengang. Semua kena study sendiri. Nak harapkan kawan pun takut ganggu diorang.  Nak tak nak belajar sendiri.

Tu masa diploma dulu. Macam-macam dugaan dan cabaran. Aku boleh nampak perbezaan diri masa dulu dan sekarang. Banyak yang aku belajar dari kesilapan sendiri pada masa lalu.

Alhamdulillah, sekarang aku di sebuah IPTA paling Utara. Tinggal setahun lagi nak habis. Siapa cakap budak politeknik tak boleh jejak kaki hingga ke IPTA, mengenggam segulung ijazah?
Yang penting usaha, jangan putus asa.

Gagal dalam SPM bukan bemakna kita gagal selamanya.

Moga ilmu aku ni, boleh sumbangkan sesuatu untuk masyarakat. Aku harap boleh jadi animator atau visual effect artist. Aku nak buat sesuatu untuk masyarakat. Tak mampu pun jadi pendidik anak-anak kecil.

Yang berjaya bukan sebab dia bijak
Yang gagal bukan sebab dia bodoh
Tapi Usaha

Berubah dan Aurat


Apabila hati ini ingin berubah, dia ada beribu kemusykilan melanda. Macam itu juga dengan diri aku. Aku teringat lagi, masa aku mula nak berubah tutup aurat. Nak labuhkan tudung menutup dada, nak pakai pakaian longgar, nak pakai handsock.  Masa mula-mula aku pakai tu, memang rasa janggal. Rasa tak layak nak pakai pakaian tu. Nampak terlalu baik, lansung tak layak untuk manusia seperti aku. Dah la ilmu agama kurang. Kalau orang suruh aku baca doa qunut pun aku tergagap-gagap lagi. Masa tu, memang kawan-kawan ada yang bagi respond baik dan ada yang memerli sahaja. Segalanya buat aku lemah.
“Kau dah taubat ke?”
“Baru nak insaf ke?”
“Dua tiga hari nanti hang mesti rimas dah.”
Ada juga yang tersenyum sinis memandang aku. Memang aku down waktu tu. Esoknya aku pakai balik baju seperti biasa. Hand sock pun dah tak pakai lagi, apatah lagi tudung yang menutup dada.
Satu hari, ada ceramah kat tempat aku belajar. Tajuk dia, tentang AURAT dan WANITA. Buat mata hati aku terbuka, izinkan aku kongsi.
“Mata lelaki. Mata lelaki bukan seperti mata wanita.
Pandangan mereka dan fikiran mereka liar. Kalau dia pandang wajah kau sahaja, ada beratus imajinasi yang bermain dalam fikiran dia. Imajinasi yang KOTOR. Tu belum cukup lagi kalau dia pandang tubuh badan kau yang pakai baju ketat tu.
Mungkin kau tak jadi mangsa rogol dia, tapi boleh saja orang lain yang dia cari untuk dijadikan mangsa dia. Puncanya KAU. Dia tenggok kau, nafsunya teransang. Nak rogol kau dia tak berani. Mungkin masa tu ada orang disekitar kau. Akhirnya wanita atau remaja lain yang menjadi mangsa.
Lagipun, Jika kau wanita bermaruah. Kau nak ke dia jadikan wajah kau dan tubuh kau model dalam imajinasi KOTOR dia? Kau suka ke, walaupun itu bukan diri kau? Kau suka ke mata syaitannya menerobos hingga ke dalam baju. Ah! Kau fikir tak mungkin manusia biasa mampu menerobos pandangannya hingga ke dalam BAJU. Kau lupa, dia LELAKI. Imajinasi, fikiran dan pandangan tak sama macam wanita.
Wahai wanita yang bemaruah. 
AKu nak tanya kat kau semua. Kat tangan aku ini ada dua gula-gula. Satu yang plastic pembalutnya dah di buka dan satu lagi masih ditutup elok. Kalau aku bagi kat kau semua, yang mana kau semua pilih?
Hah! Dah tentu yang terbalut elok ni kan?
Macam itu juga Wanita yang tak tutup aurat.
Kau dedah sana sini aurat kau untuk tatapan mata lelaki. Walau diri kau tak di sentuh oleh tangan mereka, tapi kau biar mata mereka melahap tubuh badan kau. Termasuk juga yang pakai tudung tapi masih tak tutup dada. Yang pakai tudung tapi pakaianya ketat.
Bila lelaki nak cari ISTERI, isteri itu permaisuri hidupnya, kau fikir dia akan pilih kau. Oh! Tidak. Dia cari yang suci. Yang baik akhlak dan tutup aurat. Kau macam la gula-gula ni, yang terbuka. Tak ada siapa pun mahu.
Aku tanya lagi.
Bila kau pergi beli barang. Tak kisah la barang apa pun.
Kau pilih yang mana? Yang duduk dalam kotak atau yang dah dikeluarkan dari kotak dan disentuh oleh orang lain?
Ya dah tentu kau ambil yang ada dalam kotak. Yang berbalut cantik dan tak disentuh oleh mana-mana manusia lain.
Begitu juga diri kau yang tutup aurat dan yang tak tutup aurat.
Kalau sayang dan hargai diri kau. Kalau kau rasa diri kau itu mahal harganya dan hormat diri kau sendiri. Kau akan tutup aurat.
Persetankan kata-kata orang. Kalau kau ikut cakap diorang. Kononnya tak up to date kalau pakai tudung, berlagak alim tapi tak alim mana, hipokrit, kau tak layak sebab kau bukanya baik sangat… Kau kena sedar dosa tak tutup aurat tu kau sorang je tanggung. Bukan diorang. 
Kalau kau sedar solat itu wajib, kononnya kau tak tutup aurat tapi kau solat lima waktu tak tinggal. Habis tutup aurat tu tak wajib ke? Tutup aurat sama wajibnya dengan solat lima waktu.
Yang dengar mungkin dah terdetik hati nak berubah, tapi takut-takut lagi. 
Kau boleh start berubah perlahan-lahan. 
First kau belajar labuhkan sikit tudung tu dari kebiasaan kau. Bila dah mula selesa, kau labuhkan sikit lagi, macam tu la seterusnya.
Second kau boleh belajar pelan-pelan pakai handsock. Memang rimas. Tapi sabar. Carilah handsock yang material kain yang selesa. Begitulah seterusnya.
Bila dah biasa nanti kau sendiri tak selesa kalau tak tutup aurat dengan sempurna. Hati kau tenang bila aurat kau terjaga. Mula-mula memang tak ikhlas, tapi lama-lama kau sendiri dah terbiasa. Dah jadi sebahagian dari diri kau.
Jadilah wanita bermaruah, sayangilah diri, hormatlah diri sendiri. Baru kaum adam hormat kau”
Lepas dengar cermah tu, dah ada kekuatan dalam diri. Aku belajar istiqamah. Memang belum sempurna lagi. Tapi aku usaha sikit-sikit. In sya Allah.



Saturday 3 October 2015

cinta dalam diam



Kau jatuh cinta
Kau pendam dan kau simpan diam-diam.
Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung di dasar hati kau yang sedalam lautan.
Kau hanya mengadu dalam sujud sembahyangmu.
Kau cerita hanya dalam doamu.
Kau sabar, kau redha dengan doa.
Kau menahan rindu yang makin lama makin memenuhi segenap ruang penjuru jiwamu.
Tapi kau tetap jua dengan tuhanmu, segala rasa hanya kau luahkan kepada dia.
Satu hari nanti..mungkin Allah hadiahkan dia untukmu atau mungkin jua dia yang lain, yang lebih baik , atas segala kesabaranmu.
Diam bukan bereti mengalah. Cinta dalam diam, cinta high class. Tahu kenapa?
Kerana kau tak luah kepada sesiapa. Kau simpan. Kau juga tak luah kepada si dia yang kau cinta. Kau hanya akan luah bila dia sah menjadi milik kau. Bila kau tak luah, kau dah selamatkan diri kau dari godaan nafsu, kau juga selamatkan dia dari godaan nafsu. Kau selamatkan diri kau dan dirinya daripada cinta yang boleh membuatkan kau dan dia lalai dan lupa kepada Allah.
Sebab itulah cinta kau..cinta high class.
Allah tahu ketulusanmu. Ya Allah jua mengerti.
kau sayang dia,tapi kau tahu Allah lebih sayangkan dia.


Monday 24 August 2015

Taman Bunga Kau Dan Taman Bunga Aku




Eka seronok la hidup Eka tak ada masalah.
Eka tak apa la, keluarga Eka orang senang.
Eka tak apa la, Eka pandai.

Saat itu aku hanya mengukir senyuman. Apa lagi yang hendak aku lafazkan. Mereka hanya menilai seseorang itu daripada pandangan zahir sahaja. Dalam hati, aku mengucap Alhamdulillah dengan segala kesenangan dan nikmat yang Allah beri. Sebenarnya aku juga manusia biasa, aku juga tidak boleh lari dari dilanda ujian . Namun itulah pandangan mereka terhadapku. Teringat satu cerita..

Ada dua orang sahabat baik yang bernama Mawar dan Melur. Keduanya tinggal berdekatan sahaja dan sentiasa bersama-sama ke mana sahaja mereka pergi malah mereka juga ada hobi  yang sama iaitu menanam pokok bunga di halaman taman mini mereka.
Dari jauh Mawar melihat taman bunga milik Melur dan dia sering kali berasa cemburu akan taman Melur yang kelihatan cantik dan indah pada pandangan matanya. Mawar sentiasa berusaha memperindah taman bunganya secantik mungkin dengan pokok bunga pelbagai warna. Namun hatinya masih belum puas, taman bunga Melur masih tetap cantik daripada taman bunganya.
Akhirnya dia mahu ke rumah Melur. Hajat mawar cuma satu, dia mahu menukar taman bunganya dengan taman bunga Melur. Setujukah Melur dengan permintaanya.
Apabila Mawar sampai di rumah Melur dia menyampaikan hajatnya itu. Melur kehairanan lalu tersenyum.
“Mari ke taman aku.” Ajak Melur
Sebaik sahaja sampai di taman milik Melur, Mawar tergamam. Dia menoleh sekeliling taman itu. Ternyata bunga yang cantik dan berwarna-warni yang di lihat dari jauh cuma tumbuhan rumput yang tanam oleh Melur di dalam pasu.
“Mengapa kau mahukan tamanku sahabat sedangkan tamanmu itu jauh lebih cantik dengan bunga yang pelbagai?” Tanya Melur sambil menunding kea rah taman bunga sahabatnya.
Mawar menoleh kearah tamannya yang dapat di lihat dari taman bunga Melur. Ternyata taman bunganya jauh lebih cantik apabila dilihat dari jauh.

Pengajaran…

Kebahagiaan hidup ini terletak kepada pandangan diri sendiri bukan terletak kepada apa yang kita ada dan tiada, seandainya nilai hidup ini di nilaikan berdasarkan apa yang kita tiada dan apa yang orang ada, maka sampai bila-bila pun diri ini gagal menemui kebahagiaan dan keindahan dalam hidup.
Kita ada taman dengan pelbagai bunga yang cantik dan indah namun dari jauh kita lihat taman bunga orang lain lebih cantik. Sedangkan jika lihat dengan lebih dekat, taman bunga dia tidaklah seindah mana, malah ada lalang dan rumput tumbuh merata-rata. Jika ujian datang menduga diri ini dan ujian itu lebih berat daripada orang lain. Ingatlah hanya orang hebat di duga ujian yang hebat. Kita dipilih untuk melalui ujian berat ini. Allah ada dengan orang beriman dan bersabar serta orang yang ingat kepada dia.

Ketika seseorang itu ketawa tidak bermakna dia paling gembira di dunia. Tapi dialah manusia yang pernah merasai duka.
Ketika seseorang itu tersenyum tidak bermakna dia paling bahagia di dunia. Tapi dialah manusia yang pernah melalui keperitan.
Ketika seseorang itu kelihatan tenang tidak bermakna dia tidak diuji dengan apa-apa masalah. Tapi dialah manusia yang sedang bergelut dengan ujian.
Ketika seseorang itu tidak pernah menangis tidak bermakna dia tidak pernah bersedih. Tapi dialah manusia yang menangis tatkala manusia lain sedang lena di buai mimpi.
Jangan memandang seseorang dengan pandangan mata yang zahir sahaja.

Thursday 26 February 2015

Mengapa solehah yang aku pilih?





Mengapa aku mahu jadi solehah?
Pertanyaan ini muncul sendiri dalam sanubari aku
Kerana..terbit satu rasa ketenangan yang menyapa hati aku apabila aku melihat wanita bertudung labuh yang punya akhlak yang menawan, ibadah yang mantap dan super rajin mengejar redha Allah.
Subahanaallah..
Ada rasa tenang
Ada rasa tersentuh 
Apabila  melihat puteri-puteri syurga itu

Aku pun mahu jadi begitu
Walau perlu waktu
Walau masih lagi berangkak
Walau perlu meredah beribu duri

Diri cuma gadis biasa bukan muslimah, cara hidup pun biasa-biasa. Sekolah pun..disekolah biasa. Tiba-tiba mahu berubah ke arah cara hidup lebih islam, cara pakaian yang lebih baik yang diredhai Allah. Bukan senang.

Ujian pertama
Menghadap semua kritikan kawan-kawan. Ada kiritikan membina ada juga membuat aku hampir hilang keyakinan. Hampir juga putus asa.

Ujian kedua istiqamah
Sering kali rasa malas datang menjenggah. Memang aku akui, aku sering juga kalah. Usaha aku..minta ibu dan ustazah tolong doakan. Pernah juga aku menyapa di facebook kak wanis (Hikmatul Islam) penulis  Wanita solehah awak kat mana. Minta dia tolong doakan agar aku terus istiqamah. Mengapa dia? Kerana aku mahu jadi seperti dia. Kerana dia idola aku..

aku ingat lagi pesannya.. "nak jadi solehah mesti ada ilmu dik."

insyaallah..aku sedang cuba..cuba dan terus cuba sampai berjaya. Aku mahu jadi seperti Kak Wanis. =)

Sahabat2 doakan ya.. aku pun doakan kalian semua juga berjaya di dunia akhirat, berjaya jadi wanita solehah permaisuri syurga.


 





Thursday 22 January 2015

Tersenyum dihadapan manusia menangis dihadapan Allah





Aku hanya mampu tersenyum. Persepsi orang terhadap kita mana mampu ubah.
Orang melihat kita dengan pandangan zahir, tak akan nampak disebaliknya. Begitu juga kita, hanya nampak orang pada zahir, tak mampu melihat disebaliknya.

Tapi orang yang matang, dan orang yang bijak tidak menilai hidup manusia lain melalui pandangan zahirnya, tetapi menilai melalui  akal,iman dan ilmu. 

Allah sudah memberi kebaikan kepada kita sama rata, dan kesusahan sama rata. Cuma yang bezanya, bentuknya sahaja. 

Aku ingatkan kepada diri aku..dengan kata-kata DR Prof Muhaya.
“Jika kita asyik menilai kebahagiaan orang lain, kita tak nampak kebahagiaan kita sendiri.”

Jangan menilai kebahagiaan dan kesenangan serta kelebihan yang dia ada, tapi hitunglah keperitan hidupnya. Tapi manusia yang pandai menyembunyi, kita tak mampu melihat kesedihannya. Yang kelihatan hanya senyumannya. =)

Senyuman bukan kerana dia hipokrit tetapi kerana dia sabar, redha dan bersyukur apa adanya.

Tersenyum dihadapan manusia menangis dihadapan Allah. Aku nak jadi begitu.