Wednesday 29 May 2013

Tentang cinta

Gambar yang paling aku suka

Tentang cinta 

Cinta itu indah. Penciptanya lagi lah indah. Jika kau kagum akan cinta dan kasih sayang maka kau patut kagum dengan pencipta lebih dari itu. Ini pandangan aku tentang cinta.

Tentang cinta..bila ditanya..
Hati dah mula berbunga-bunga, mula terbayang kekasih hati. Memang bahagia ketika bercinta, Al maklum la.. masa cinta mula berputik harum mekar di taman hati, semua indah belaka. Biasa..itu lumrah manusia suka disayangi dan dihargai, suka bercinta dan dicinta. 

Kalau tanya aku..
Aku jawab tunggu Allah yang carikan. Dengan izin Allah..itu yang aku cuba jaga dan cuba pertahan sampai sekarang.

Dah ada calon?
Biar Allah yang pertemukan. Bila Allah yang pilih, bila Allah yang temukan.. pasti, aku yakin. Pertemuan itu tentu yang paling indah dan aku tak akan hampa dengan pilihan Allah.

Ada yang kata. Tak mungkin, zaman sekarang zaman bercinta. Kena kenal dulu orangnya, kena bercinta dulu. Baru tahu macam mana orang dia, sesuai ke tidak.

Jawab aku. Tak mengapa. Kerana aku yakin pilihan Allah. Allah tak akan salah memilih dan tak akan salah menilai. Kerana Allah adalah pencipta kita dan pencipta cinta. Dia lebih tahu dari kita. Malah aku yakin cinta lepas kawin lebih indah dari cinta sebelum kawin. Kerana ada redha Allah. Malah mahu kenal seseorang tidak bermakna perlu bercinta bukan? Insyaallah..aku yakin dengan cinta selepas kawin dan hingga akhir ini juga aku masih berpegang dengannya.

Ada yang tanya, macam mana kau nak kenal dia itu jodoh kau, macam mana kau nak tahu dia itu yang Allah pilih untuk kau?

Ermm..aku tak pasti.Tapi  Pastinya istiqarah..minta petunjuk Allah. Ya aku yakin bila tiba saat itu nanti, Allah akan beri petunjuk kepada aku. Lagipun Allah dah beritahu kita, nak tahu jawapan dari sesuatu kekeliruan itu..istiqarah lah. Kalau dalam rancangan Who Wants To Be A Millionaire ada talian hayat untuk dapatkan jawapan, nah Allah pun dah bagi kita solat istiqarah. Kenapa tak nak guna pula?

Terserah kepada masing-masing. Korang dah besar, dah boleh fikir mana baik dan buruk. Kalau memang tetap nak bercinta, pandai-pandai la jaga maruah diri, jaga nama baik diri sendiri dan orang yang dicintai, amanah dalam cinta. Jadikan cinta anda cinta high class..jadilah romeo dan Juliet yang amanah, bukan romeo dan juliet yang buta kerana cinta.

Cinta sebelum nikah perlu hati-hati agar di jauhi murka Allah, lepas nikah akan dapat redha Allah, baru aman rumah tangga hingga anak cucu cicit. Tak gitu?? =)
Apapun aku doakan semoga Allah jodohkan aku dan sahabat sekalian dengan jodoh yang terbaik untuk diri kita. 

Ya Allah bantulah aku untuk memelihara diriku untuk dia .Pertemukan kami dalam pertemuan yang kau redhai lagi indah yang penuh rahmat, berkat dan kasih sayang mu.


Kata seorang sahabat

Mungkin juga kita akan jatuh cinta sebelum kawin, tapi kita boleh tentukan untuk bercinta selepas kawin atau sebelum kawin.

Jodoh itu sudah tertulis di luh mahfuz..
tapi keperibadianmu yang mengukir akhlaknya
agamamu yang mengukir agamanya


No comments:

Post a Comment