Solehah Permata dunia hingga akhirat





Kenapa aku ingin jadi solehah? 

Hebat sangatkah solehah itu?

Mungkin bila sebut solehah..ada berpendapat ia agak skema, wanita hipokrit,saja buat-buat baik,ketinggalan zaman,tak moden,tak up to date..etc

Tapi..

Kita semua nak jadi istimewa, kita nak jadi cantik dan  mahu dikagumi. Kita mahu jadi permaisuri dan kita mau jadi permata..Tipulah kalau seorang wanita tiada perasaan begini. Semua wanita mahu jadi berbeza,nak jadi istimewa,nak jadi cantik.

Tapi nak jadi istimewa dan cantik sampai ke mana?
Setakat di dunia?
Atau hingga ke akhirat sana?

Andai kita cuma mahu cantik di dunia..kita cuma wanita biasa yang gilakan pujian manusia di dunia,kita berpenat lelah supaya dipandang istimewa di hadapan manusia,kita mungkin berjaya meraih tumpuan manusia,dikagumi dan disanjungi..kita berjaya jadi permaisuri di dunia..yang kita sendiri sudah tahu dunia ini bakal hancur..kerana ia bersifat sementara.

Maka keistimewaan kita itu tak kemana..

Andai kita mahu istimewa di hadapan Allah..maka kita pasti bukan sebarangan wanita.
Pasti tak akan rugi. Akhirat nanti ada ganjaran yang menanti.

Wanita solehah itu umpama permata di dunia. Jarang ditemui tapi sebenarnya bukan tiada..cuma tersorok dalam ribuan kaca.

Wanita solehah itu mungkin nampak sama..bahawa permata miripnya seperti kaca.tapi ketulusan,akhlak dan iman yang membezakan.

Solehah itu..permata..solehah itu hiasan tercantik dunia,solehah itu wanita teristimewa,bukan setakat di dunia tapi hingga akhirat nanti.

Jadi..solehah itu bukan wanita biasa..`..!!

Terbayang bila di akhirat nanti..andai kita berjaya..maka layaklah diri ini nak bersama wanita syurga lain.

Aku mahu berdiri dalam barisan yang sama dengan Khadijah, Fatimah ataupun siti aisyah ataupun wanita hebat lain yang sangat dimuliakan Allah, disayangi Allah hingga nama-nama mereka tercatat dalam kitab suci Al-Quran. Ya manusia biasa seperti ku tak akan bisa mampu menandingi mereka, tapi sekurang-kurangnya aku layak menjadi antara ahli dalam barisan mereka diakhirat kelak. 



Siapa itu wanita  solehah dalam Al-Quran?

Wanita solehah di dalam Al-Quran surah An-Nisaa ayat 34.

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Al-Baqarah 221

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).



Siapa yang layak jadi solehah?

Tak kira..mak cik..nenek..datin..permaisuri..adik-adik..kakak..ibu..sesiapa sahaja layak untuk jadi wanita solehah. Tak ada pengecualian. Siapa teringin nak berhijrah jadi solehah nak capai jannah..maka dia juga layak.
Asal hati tak akan pernah berputus asa berusaha.



Antara Ciri wanita solehah


  • Taat perintah Allah (solat,puasa etc..)
  •     Mencintai Allah dan Rasul
  •    Mentaati ibu bapa 
  •   Mentaati suami dalam perkara makruf
  •   Menjaga dan menutup aurat
  •  Menjaga batas pergaulan
  •   Berakhlak mulia
  • Menjaga percakapan dan kata-kata
  • Ada perasaan malu
Salah satu tip untuk menyemarak semangat dalam diri untuk berubah menjadi wanita yang baik dan solehah ialah membaca kisah-kisah wanita hebat pada zaman nabi dahulu, seperti--->
  • SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID 
  • SITI AISHAH RA
  •  FATIMAH AZ ZAHRA 
  • MARYAM BINTI IMRAN
  • ASIAH BINTI MAHAZIM (ISTERI FIRAUN)
  • DAN LAIN-LAIN
Ini sahaja yang mampu aku kongsi. Maafkan jika ada kekurangan, kerana aku sendiri berusaha dan sedang belajar. Semoga perkongsianku ini sedikit sebanyak membantu sahabat yang membaca dan ada yang terbuka hati untuk mula hijrah. Aku doakan kita sama-sama berjaya. Amin.




Jadilah bidadari dunia yang dicemburui bidadari syurga. Ketua bidadari syurga. Permata akhir zaman .







No comments:

Post a Comment