Ketika diusik ujian



BUAT DIRIKU YANG SERING LEMAH




Hidup ini kejap kita tersenyum dan kejap menangis. Kadangkala susah dan kadangkalanya senang, ada masanya gembira dan ada masanya berduka.


Jika hari ini, diri ini rasa bertapa beratnya kesusahan dan ujian serta bertapa sedihnya hati , maka diri ini kena sedar bahawa nun jauh disana ada sekeping hati yang lebih berduka dan ada insan yang lebih hebat ujiannya.


Realitinya..


Hidup ini memang tak akan sunyi dengan ujian. Kesenangan atau kesusahan yang Allah beri, keduanya ujian. Sedarlah diri ini bahawa hidup di dunia memang terus di uji.

Jika begitu lebih baik mati…Lebih baik akhiri hidup ini..

Tidak..wahai diri jangan cetek fikiranmu.

Lupakah kepada mungkar dan nakir? Jangan fikir mati mampu selesai segalanya. Bagi orang bertakwa kematian mereka adalah permulaan kebahagiaan. Tapi bagi diri ini yang banyak berdosa, iman tak setinggi mana dan belum banyak pahala terkumpul, bolehkah bahagia jika akhiri mati yang belum tiba masanya. 

Saat ujian datang aku yakini diriku mampu harungi, tapi ternyata aku lemah longlai. Sedangkan jika aku bersabar sebenarnya ada hikmah yang indah menanti. Aku pernah persoal mengapa aku diberi kesusahan?Mengapa Allah biarkan aku begini? Alangkah lemahnya iman aku ketika itu.

Saat itu, bertapa bongkaknya diri, aku anggap akulah manusia yang paling banyak cubaan, aku mangsa paling susah. Sebenar andai aku buka mata, melihat ke luar duniaku sendiri. Maka sedarlah bahawa di sana ada hamba yang lebih banyak di ujian tapi sabarnya tinggi. Tidak pernah mengeluh, tidak pernah menyoal malah jiwanya kental. 

Aku teringat kata-kata  As-Syahid Ahmad Ammar terhadap ayahnya. 






Sedarlah aku..

Jadi aku ini sepatutnya sedar.. aku terus akan diuji. Aku tidak boleh mengharap lena yang panjang di atas katil yang empuk, kerana dunia adalah medan ujian. Aku tak boleh merungut ketika ujian datang bertandang dan hari bahagia  yang hanya sebentar.

Jadi bagaimana aku fikir diri cukup beriman dan layak menjadi ahli syurga andai ujian kecil pun aku gagal tempuhi dengan sabar?


KENAPA ALLAH BERI UJIAN?

(Ikut kefahaman aku yang cetek ilmu ini)

Bila diberi kehidupan yang senang, ada ramai orang yang sayang. Kita sering alpa, sering pula terleka. Lalu terlepas pandang hubungan dengan Allah.

Disebabkan itu Allah menarik semula anugerah yang diberi supaya kita kembali mengingati dia dan mula belajar bergantung hanya kepada dia. Selagi tak diuji mungkin makin lama kita makin jauh dengan Allah.
Ujian petanda Allah masih sayang dan Allah masih peduli.  Makin Allah sayang makin banyak ujian. Kerana dengan sabar dikala ujian bertandang mampu terhapus dosa, darjat makin tinggi di sisi Allah. 

Tanya kepada diriku sendiri
“Eka..hang tak mau darjat yang tinggi di sisi Allah ka? Hang tak mau syurga ka?

UJIAN PELBAGAI BENTUK..


Hidup kaya dan senang, hidup miskin dan susah, diberi kesihatan yang baik atau sakit yang kronik tak sembuh-sembuh. Ada keluarga yang bahagia atau ada keluarga yang bermasalah, wajah cantik dan kacak atau wajah tak sempurna dan tak berapa cantik..dapat makan yang sedap dan lazat atau makanan tak berapa nak sedap malah mungkin tak ada makanan lansung..dapat sambung belajar atau tak dapat belajar..pandai atau kurang pandai.. SEGALANYA ADALAH UJIAN SEMATA-MATA.

Ada masanya kita bagai hilang kasih sayang,hilang perhatian,kita susah dan kita ada sahabat,keluarga..orang-orang yang sayangkan kita tapi diorang tak mampu membantu. Hanya mampu ucap kesian kau..aku simpati. Sebenarya itu juga ujian dari Allah. Bagaimana kebergantungan kita pada Allah. Bagaimana kita bersabar. 

Andai ujian itu dalam bentuk susah..maka Allah mahu melihat samada kita redha  dan sabar atau tidak.

Jika ujian itu dalam bentuk kesenangan..maka Allah mahu melihat samada kita bersyukur dan masih ingat kepada dia atau tidak..

Sedar tak sedar segalanya ujian.

Cuma jangan kesusahan yang kita alami, kita anggap kita seorang sahaja yang menghadapi ujian. Kita angkuh,kita anggap kita ni hidup hadapi macam-macam dugaan,tapi kita kuat. Tak seperti orang lain, yang lemah. Diuji sedikit dah mengalah. Bukankah makin diuji makin kita merendah diri kerana sedar kita cuma makhluk Allah yang lemah.

(Aku pernah tulis entry bertajuk ujian pelbagai bentuk di blog lama yang dah di padam..)

JANGAN BANDINGKAN  KEBAHAGIAN DIRI DENGAN KEBAHAGIAN ORANG LAIN


Hidup kita tak sama dengan hidup orang lain. Ya.. tidak akan sama. Kebahagian kita dan kebahagian orang lain juga tak akan sama, begitu juga kesusahan. Malah Allah jadikan setiap manusia itu berbeza.

Ada orang kesihatannya sihat, tapi masalah lain pula melanda. Ada pula duitnya banyak tapi kasih sayangnya tiada. Setiap orang itu dijadikan berbeza dan ujian juga pelbagai bentuk.

Aku ingat lagi kata-kata Dr Prof Muhaya  melalui rancangan tv yang aku ikuti.

“Jika kita asyik mengukur kebahagian orang lain, maka kita tak akan nampak kebahagian yang kita ada. Maka kita lupa bersyukur . Orang tak bersyukur tak akan bahagia.”

Elak dari penyakit hati. Bila kerap bandingkan kebahagian diri dengan orang lain, lama-lama timbul rasa tak puas hati. Mula hilang rasa syukur, penyakit dengki menyerang diri.  Pedengki dan tak puas hati tidak akan menemui bahagia.
Nabi s.a.w diuji ujian lebih berat dari kita semua, tapi dia tak pernah angkuh dia tak pernah mengalah. Malah makin dia diuji makin dia mendekatkan diri pada Allah. Allah tidak pernah membebani sesuatu di luar batas hambanya.

MENANGISLAH

Tangisan bukan bermakna kita lemah, tapi ia menguatkan. Jangan ragu-ragu untuk menangis. 

Walaubagaimanapun menangis sahaja tidak membantu, ia hanya mampu mengurangkan sedikit kesedihan itu, jadi jangan bergantung dan berharap dengan menangis segalanya akan selesai.

(menangis berpada-pada lah, perhati tempat dan keadaan serta orang sekeliling..takut jadi salah faham atau perkara lain yang tak diingini berlaku, cuma pendapat diriku)

CARA UBATI KESEDIHAN

Melalui nasihat orang kepada aku dan ceramah yang aku ikuti.


  • Solat 5 waktu jangan ditinggalkan lagi.
  • Ikhlaskan hati ketika bersujud kepada Allah, solat dan beribadah bukan kerana mahu penghargaan manusia.
  • Bersahabat  dengan Al-Quran, baca selalu. Malas sangat..dengarlah bacaannya. Percayalah Al-Quran pengubat hati. Kalam Allah yang memang khas untuk diriku dan dirimu. Penuh pujukan.
  • Berzikir mengingati Allah
  • Jangan terlalu ikut perasaan kerana perasaan dan emosi tak stabil mudah di kawal syaitan
  • Jangan salahkan orang lain diatas apa yang terjadi, makin kita salahkan orang, makin teruk rasa kesedihan. Apa yang berlaku kepada diri kita disebabkan tindakan kita sendiri. Kita yang bertangungjawab atas segala apa yang kita buat.
  • Jangan lupa berdoa dan bersangka baik.









Muhasabah Diri Seikhlas Hati


Cuba beri masa untuk diri sendiri, mungkin selepas solat atau sebelum tidur. Imbas kembali segala tingkah laku dengan manusia dan terutamanya hubungan dengan Allah. 

Mungkin kita kurang menghargai orang yang menyanyagi kita, kita tak pernah fikir kebaikan orang terhadap kita.

Boleh jadi setiap sujud kita sebelum ini tak cukup ikhlas. Mungkin hubungan kita dengan Allah, kita hanya pandang sebelah mata sebelum ini.

Malah boleh jadi kita dah lupa diri dengan kesenangan yang Allah beri.
Aku terutamanya dan kita semua adalah manusia lemah. Sekejap beringat dan sekejap mudah pula lupa diri. Jangan ego mengakui kepada diri andai benar kita ada kesalahan.

Yang penting, bila dah sedar..kesalahah segala dosa , bertaubat dan berazam untuk baiki diri jadi seorang hamba Allah yang lebih baik. Tak rugi pun kalau muhasabah diri dan baiki diri.

Terus terang


Aku ada beberapa kawan yang bagiku cukup buat aku kagum. Mereka sabar, mereka tak putus asa dan mereka tak mudah mengalah. Hebat dimataku. Ada yang kehilangan anak, terpaksa bekerja keras untuk sambung belajar, ada yang hadapi masalah keluarga, ada yang menanggung sakit tapi masih boleh ceria dan tersenyum dengan ikhlas.

Aku berharap, aku mampu jadi seperti kalian.

Tapi kadang-kadang  walaupun dah sedar..ustaz dan ustazah pun dah banyak cerita tentang ujian tapi diri masih tetap lemah. Ya..mungkin lumrah.. kita manusia biasa.

Jadi kenapa tidak bandingkan kesusahan diri dengan kesusahan orang lain yang lebih susah.? 

Kalau rasa apa yang kita makan sekarang tak sedap..cuba ingat saudara kita Palestin, cukupkah makanan mereka?

Kalau rasa susah tak cukup duit ingat saudara kita Palestin yang tak ada rumah dan hilang harta benda.

Kalau rasa sakit sangat ..cuba ingat saudara Palestin yang tercedera di bom, di tembak. Ada yang hilang anggota badan.

Kalau rasa di dianiaya cuba ingat saudara kita Palestin yang dilayan teruk oleh zionis

Kalau kehilangan orang tersayang cuba ingat saudara kita Palestin yang setiap saat ada yang kehilangan orang-orang mereka sayang.

Ya Allah..Mereka lebih susah berbanding kita. Tapi mereka tak pernah mempersoal Allah dan juga mereka tetap kuat.

Ketika cuba meyingkap segalanya di Palestin, aku juga tertunduk malu. Malu dengan diri sendiri dan malu dengan Palestin. Dengan masalah aku yang tak seberapa ini tidak layak untuk aku mengalah dan mengeluh

YANG TERAKHIR


Kawan-kawan sekalian..wahai diriku yang sering lemah. Sudah..sudah..Kuat..kuat.. Tabah terus tabah. 

Aku tahu kita sudah banyak sabar, kita sudah lama tabah jadi teruskan kuat, sabar dan terus tambahkan lagi ketabahan itu. Jangan sesekali mengalah.

Aku mahu syurga, aku mahu disayangi Allah. Aku mahu jadi seperti para sahabat Nabi s.a.w yang kuat dan tabah serta tinggi sabarnya. Maka aku tak boleh mengalah. Pasti disebalik ujian ini, ada hikmah yang indah menantiku dan begitu juga kalian. Mungkin hikmah itu tidak kelihatan ketika hidup di dunia tapi hikmah itu menunggu di pintu syurga kelak. Pasti ..aku yakin.

entry ini khas dituju untuk diri sendiri yang sering lemah longlai dalam ujian. Aku pernah merungut, aku pernah menangis, aku pernah rasa hanya diri aku seorang sahaja yang menhadapi ujian berat. Aku takn nak lagi jadi seperti itu.

Semoga apabila aku baca semula nanti ia mampu meniup semangat baru buat diri. Diharapkan walaupun panjang berjela dan mungkin agak bosan nak baca tapi ada manfaat disebaliknya. 

Semoga kawan-kawan juga bertambah bersemangat dan dapat manfaat daripadanya. 

Semoga kita kuat, iman kian bertambah,kesabaran kita seperti Rasulullah s.a.w.
Insyaallah yang gagal dalam ujian,jangan mengalah. Ujian akan datang kita hadapi dengan baik. Allah ada bersama kita tak pernah jauh.

Maaf andai ada salah bicara, tanpa sedar melukan hati sesiapa. Tujuanku bukan mahu mengajar atau mengubah sesiapa cuma kongsi secebis pengalaman dan kesedaran daripada diri yang serba kurang ini.

BUAT YANG DI BUAI BAHAGIA ANDA JUGA SEDANG DIUJI

Sekian.


No comments:

Post a Comment