Saturday 27 February 2016

Berubah dan Aurat


Apabila hati ini ingin berubah, dia ada beribu kemusykilan melanda. Macam itu juga dengan diri aku. Aku teringat lagi, masa aku mula nak berubah tutup aurat. Nak labuhkan tudung menutup dada, nak pakai pakaian longgar, nak pakai handsock.  Masa mula-mula aku pakai tu, memang rasa janggal. Rasa tak layak nak pakai pakaian tu. Nampak terlalu baik, lansung tak layak untuk manusia seperti aku. Dah la ilmu agama kurang. Kalau orang suruh aku baca doa qunut pun aku tergagap-gagap lagi. Masa tu, memang kawan-kawan ada yang bagi respond baik dan ada yang memerli sahaja. Segalanya buat aku lemah.
“Kau dah taubat ke?”
“Baru nak insaf ke?”
“Dua tiga hari nanti hang mesti rimas dah.”
Ada juga yang tersenyum sinis memandang aku. Memang aku down waktu tu. Esoknya aku pakai balik baju seperti biasa. Hand sock pun dah tak pakai lagi, apatah lagi tudung yang menutup dada.
Satu hari, ada ceramah kat tempat aku belajar. Tajuk dia, tentang AURAT dan WANITA. Buat mata hati aku terbuka, izinkan aku kongsi.
“Mata lelaki. Mata lelaki bukan seperti mata wanita.
Pandangan mereka dan fikiran mereka liar. Kalau dia pandang wajah kau sahaja, ada beratus imajinasi yang bermain dalam fikiran dia. Imajinasi yang KOTOR. Tu belum cukup lagi kalau dia pandang tubuh badan kau yang pakai baju ketat tu.
Mungkin kau tak jadi mangsa rogol dia, tapi boleh saja orang lain yang dia cari untuk dijadikan mangsa dia. Puncanya KAU. Dia tenggok kau, nafsunya teransang. Nak rogol kau dia tak berani. Mungkin masa tu ada orang disekitar kau. Akhirnya wanita atau remaja lain yang menjadi mangsa.
Lagipun, Jika kau wanita bermaruah. Kau nak ke dia jadikan wajah kau dan tubuh kau model dalam imajinasi KOTOR dia? Kau suka ke, walaupun itu bukan diri kau? Kau suka ke mata syaitannya menerobos hingga ke dalam baju. Ah! Kau fikir tak mungkin manusia biasa mampu menerobos pandangannya hingga ke dalam BAJU. Kau lupa, dia LELAKI. Imajinasi, fikiran dan pandangan tak sama macam wanita.
Wahai wanita yang bemaruah. 
AKu nak tanya kat kau semua. Kat tangan aku ini ada dua gula-gula. Satu yang plastic pembalutnya dah di buka dan satu lagi masih ditutup elok. Kalau aku bagi kat kau semua, yang mana kau semua pilih?
Hah! Dah tentu yang terbalut elok ni kan?
Macam itu juga Wanita yang tak tutup aurat.
Kau dedah sana sini aurat kau untuk tatapan mata lelaki. Walau diri kau tak di sentuh oleh tangan mereka, tapi kau biar mata mereka melahap tubuh badan kau. Termasuk juga yang pakai tudung tapi masih tak tutup dada. Yang pakai tudung tapi pakaianya ketat.
Bila lelaki nak cari ISTERI, isteri itu permaisuri hidupnya, kau fikir dia akan pilih kau. Oh! Tidak. Dia cari yang suci. Yang baik akhlak dan tutup aurat. Kau macam la gula-gula ni, yang terbuka. Tak ada siapa pun mahu.
Aku tanya lagi.
Bila kau pergi beli barang. Tak kisah la barang apa pun.
Kau pilih yang mana? Yang duduk dalam kotak atau yang dah dikeluarkan dari kotak dan disentuh oleh orang lain?
Ya dah tentu kau ambil yang ada dalam kotak. Yang berbalut cantik dan tak disentuh oleh mana-mana manusia lain.
Begitu juga diri kau yang tutup aurat dan yang tak tutup aurat.
Kalau sayang dan hargai diri kau. Kalau kau rasa diri kau itu mahal harganya dan hormat diri kau sendiri. Kau akan tutup aurat.
Persetankan kata-kata orang. Kalau kau ikut cakap diorang. Kononnya tak up to date kalau pakai tudung, berlagak alim tapi tak alim mana, hipokrit, kau tak layak sebab kau bukanya baik sangat… Kau kena sedar dosa tak tutup aurat tu kau sorang je tanggung. Bukan diorang. 
Kalau kau sedar solat itu wajib, kononnya kau tak tutup aurat tapi kau solat lima waktu tak tinggal. Habis tutup aurat tu tak wajib ke? Tutup aurat sama wajibnya dengan solat lima waktu.
Yang dengar mungkin dah terdetik hati nak berubah, tapi takut-takut lagi. 
Kau boleh start berubah perlahan-lahan. 
First kau belajar labuhkan sikit tudung tu dari kebiasaan kau. Bila dah mula selesa, kau labuhkan sikit lagi, macam tu la seterusnya.
Second kau boleh belajar pelan-pelan pakai handsock. Memang rimas. Tapi sabar. Carilah handsock yang material kain yang selesa. Begitulah seterusnya.
Bila dah biasa nanti kau sendiri tak selesa kalau tak tutup aurat dengan sempurna. Hati kau tenang bila aurat kau terjaga. Mula-mula memang tak ikhlas, tapi lama-lama kau sendiri dah terbiasa. Dah jadi sebahagian dari diri kau.
Jadilah wanita bermaruah, sayangilah diri, hormatlah diri sendiri. Baru kaum adam hormat kau”
Lepas dengar cermah tu, dah ada kekuatan dalam diri. Aku belajar istiqamah. Memang belum sempurna lagi. Tapi aku usaha sikit-sikit. In sya Allah.



No comments:

Post a Comment