Wednesday 29 May 2013

Baiki Diri

Sangat rugi
bila masa yang ada tak diguna untuk mencari apa yang perlu diperbetulkan pada diri sendiri
jika masa yang ada kita guna untuk mencari apa yang tak betul tentang orang lain dan cuba membaiki mereka.
Macam pokok yang tegur pasal lalang yang tumbuh pada pokok lain
kerana kesibukan dia tu,dia terlupa pandang lalang yang makin menebal tumbuh padanya.


Orang yang bijak akan cuba melihat,mencari kesalahan,kelemahan dia dan cuba melihat apa punca dia menghadapi masalah tu. Apa yang dia buat hingga jadi macam tu,dia tak cari salah orang tak fikir tentang diri orang lain.Tapi dia mencari apa yang perlu dibetulkan pada dirinya.Orang macam ni tak hiraukan kata-kata negatif orang.Masa yang dia ada,dia belajar positif dan belajar berubah untuk jadi yang terbaik.

Jadi sangat-sangat la rugi bila kita hanya mencari salah orang,kekurangan dan cuba baiki dia.Sedabgkan diri kita,tak ada baiki apa-apa.

Hidup mesti positif dan buat benda-benda yang baik serta menyenangkan.

Ini yang aku belajar hari ni.Semoga aku bisa menjadi orang yang baik,berjaya dan dekat dengan Allah.=)

Jangan jadi pokok yang hanya nampak pokok lain aja yang ada lalang. Sedangkan lalang dia dah nak jadi rimba. Ruginya dia.

No comments:

Post a Comment