Thursday, 1 January 2015

Banjir di Malaysia..Ujian hebat untuk orang hebat



Berat mata melihat..berat lagi bahu yang memikul.
Hanya  Allah sahaja yang tahu bagaimana aku rasa sekarang.
Kalaulah terjadi di Kedah? Bagaimana?

Bila lihat orang-orang tua yang sedih dengan rumah mereka yang hancur kerana banjir, tinggal sehelai sepinggang.Dah la susah, miskin tak ada harta lain.. Ya Allah..aku teringat mak ayah di rumah. Tak sanggup aku kalau benda ni terjadi kat keluarga aku. 

Kita makan sedap-sedap disini..mereka disana hanya makan apa yang ada. Bekalan air dan eletrik pun terputus. Pakaian bersih pun tak ada, nak mandi pun susah.

Hati ni sedih melihat.. tapi hati mereka yang mengalami lebih sedih..
Hati aku meronta-ronta nak ke Kelantan. Bagai diseru untuk ke sana. Insyaallah jika mak ayah izinkan aku ke sana..aku akan pergi.

Jika tak di izinkan..aku hanya mampu salurkan bantuan dari jauh.
Memang aku tak ada saudara Kelantan di sana..tapi aku ada saudara islam disana. Insyaallah..aku bantu apa yang mampu. Semoga saudara  aku disana tabah dan sabar. 
Ujian hebat untuk orang hebat. 
 


GAMBAR 
DARI I LUV KELANTAN

 https://www.facebook.com/ilovekelate/photos_stream





2 comments: